Insiden "bunyi aneh dan menakutkan" dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan Sarawak,pada 11 dan 12 Jan. yang lalu.Telah mendapat liputan meluas antarabangsa dan telah disiarkan di The Borneo Post.
Dibawah adalah rakaman yang dirakam oleh penduduk disana.
Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)
Anda pernah terima hadis di atas? di atas adalah potongan hadis yang telah disebarkan kepada umum sejak akhir-akhir ini. perhatian kepada kalian yang menerimanya, hadis di atas adalah PALSU dan telah disokong oleh para Ulamak! tolong jangan sebarkannya lagi! bagi anda yang telahpun menyebarkannya, diharap dapat menarik balik setiap kenyataan dan bagi yang mempercayainya, diharapkan bertaubat. juga kepada mereka yang mempercayai kiamat pada 2012, bertaubatlah segera!
INI JAWAPAN DARI JAKIM
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do’if Jiddan atau Maudu’. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas.Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A’lam Nubala’ ; “Tidak boleh seseorang pn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).Wallahu a’lam…semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya…Wassalam…Bahagian Penyelidikan JAKIM Cawangan Akidah,P.P (T.T) 29 Julai 2009″Semua ini adalah rekaan dan propaganda yahudi laknatullah yang sengaja ingin menakutkan umat Islam untuk menguasai dunia. ini juga ada kaitannya juga dengan penantian mereka kepada ketua mereka iaitu Dajjal yang akan dibangkitkan ke dunia. janganlah kita terpesong dengan dakyah yahudi tersebut kerana hadis seperti di atas bukanlah kali pertama dikeluarkan. bagi meyakinkan kepada masyarakat dunia berkenaan propaganda yahudi ini, filem 2012 ditayangkan di seluruh dunia. tetapi yang pastinya 2012 bukanlah hari kiamat kerana ia adalah ketentuan Allah. sedangkan Nabi Muhammad tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku, apatah lagi kita. apa hak kita untuk menentukannya. itu semua hak Allah. cuma kita diberikan tanda-tanda kiamat kecil dan besar untuk kita bersedia. hakikatnya, semua tanda-tanda kiamat kecil telah dan sedang berlaku dan kini hanya menunggu tanda-tanda besar kiamat pula. adakah anda sudah bersedia?Wallahualam..
Antara agenda penipuan Yahudi lihat video dibawah.