MINUMAN KERAS PELIK DARIPADA TEBUAN GERGASI

Sengat tebuan gergasi menyebabkan kesakitan yang teramat sangat, tetapi ada orang yang sanggup bertahan disengat untuk menangkap tebuan ini untuk membuat sejenis minuman khas shouchuu (minuman keras Jepun sama seperti vodka).Seseorang yang disengat oleh tebuan gergasi Jepun dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya tidak lama selepas itu boleh mati dari reaksi alahan kepada racun. Kira-kira 40 kematian yang berkaitan dengan tebuan gergasi direkodkan setiap tahun. Tetapi ini nampaknya tidak menakutkan peminat shouchuu dari mempertaruhkan nyawa mereka cuba untuk menangkap bahan utama minuman beralkohol pelik itu.






0 comment... add one now