KERETA FERRARI 355 GTS TERBELAH DUA
yuri
Kemalangan maut yang melibatkan supercar Ferrari terjadi di Vicenza, Itali. Akibat dipandu dengan laju, Ferrari 355 GTS hilang kawalan lalu terbabas dan terbelah dua. Dilaporkan Autoevolution dan Wreckedexotics,semalam selasa 18 Jun 2013, dua orang terkorban dalam insiden nahas tersebut. Kedua-duanya adalah pemandu Ferrari, remaja berusia 22 tahun, berserta penumpangnya yang juga remaja berumur 11 tahun. Berdasarkan siasatan polis, penyebab kecelakan kerana dipandu dengan kelajuan tinggi pada saat kejadian ditambah keadaan jalan yang licin. Kereta pun hilang kawalan dan terbabas dan terpelanting hingga terbelah menjadi dua bahagian.
0 comment... add one now
Previous post: ← Next Entries
Next post: Previous Entries →