Seorang wanita di Changchun, wilayah Jilin,China naik angin dan berang setelah menghadapi kesesakan lalu lintas yang teruk untuk tempoh masa yang lama,dia telah bertindak melulu keluar dari kereta sambil mengeluarkan sebilah kapak tangan dan mengacukan kepada pemandu yang hampir melanggar keretanya.Orang ramai yang ada berhampiran hanya mampu memerhati sahaja kerana takut untuk mendekati wanita terbabit yang memegang kapak sambil menjerit dan mengetuk cermin tingkap kereta yang diserangnya.